Relaks...

Latest Updates

Friday

GAYAT!!! Aksi Terkini Abudi Memanjat Bangunan Pencakar Langit di DUBAI!!!

Posted By: admin - 9:18 PM

PERGHH!!! Tengok video saja pun admin dah gayat. Memang respek habis kepada geng Abudi.

Tengok saja video di bawah, selamba berdiri di tepi bangunan dan lihat permandangan dari atas.


Untuk lebih banyak video-video Abudi dan rakan-rakan memanjat pelbagai bangunan tinggi, boleh pergi ke Youtube Channel beliau pada link di Bawah:

Monday

Kurang Ajar!! Gambar Warganegara Kanada Di Gunung Kinabalu - No Respect!!!

Posted By: admin - 3:55 PM

Tersebar sudah gambar sekumpulan warganegara Kanada yang tidak menghormati adat penduduk tempatan dengan berbogel dan kencing di tempat yang tidak sepatutnya di Gunung Kinabalu.

Tindakan mereka ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan bukan sahaja di Sabah, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Jika dilihat di laman Facebook Emil Kaminski, dia bukan sahaja berasa tidak bersalah, malah bongkak dengan menghina pemberi komen sebagai bacul dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, dia dengan bangganya menjadikan gambar semasa berbogel di puncak gunung itu sebagai gambar cover facebooknya.

Ayat akhir dari saya - Dia Ni Memang Kurang Ajar!!! Anak Sabah Sila "Kutip" dia Ni dan Jadikan Pengajaran!!!


Emil Kaminski




Sunday

Saturday

Wakil Familia Myvi Club Pertahan Ahli Kelab Mereka Bukan Berlumba - MEMALUKAN!!

Posted By: admin - 6:51 PM
Ahli kelab myvi familia juga dilihat membela tindakan ahli-ahli mereka yang berlumba haram ini sedangkan terdapat ramai saksi di tempat kejadian. Tindakan ini amat menyedihkan dan memalukan apabila cuba menegakkan benang yang basah.

Baca: Identiti 6 Pelumba Haram Myvi Punca Kemalangan Maut Dikenalpasti



Kerana jika tidak bersalah, kenapa mereka tidak berhenti untuk membantu rakan mereka yang terlibat di dalam kemalangan tersebut!! Juga terdapat ramai saksi yang menyaksikan sendiri bagaimana kemalangan tersebut berlaku.



Perkara yang paling admin kesalkan ialah mereka melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan tersebut.

Baca: Kisah Sebenar Punca Kemalangan Maut Lumba Haram Myvi Dari Saksi Di Tempat Kejadian

Ironik jika dilihat tagline di dalam sticker kelab mereka "Bring Humanity Back"


Identiti 6 Orang Pelumba Haram Myvi Menyebabkan Kemalangan Maut Dikenalpasti??

Posted By: admin - 6:09 PM


Sebentar tadi, ada seorang sahabat telah share kepada admin 6 orang yang dipercayai terlibat dengan aktiviti lumba haram yang menyebabkan kemalangan maut.



Kemalangan maut tersebut terlah meragut nyawa pasangan suami isteri bersama anak bongsu mereka. Pajero yang dinaiki dikatakan terbalik beberapa kali dan mangsa tercampak keluar kenderaan.

Baca: Kisah Saksi Kemalangan Maut Akibat Myvi Lumba Haram

Saksikan di bawah untuk melihat mereka yang disyaki terlibat dengan perlumbaan haram tersebut. Semoga PDRM dapat membuat siasatan terhadap mereka ini dan ditangkap. Semoga pihak yang bersalah dikenakan hukuman berat setimpal dengan kesalahan mereka yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain sebagai pengajaran.


Gambar berikut dipercayai diambil sebelum mereka memulakan perlumbaan HARAM!! Memang Haram Jadah!!

UPDATE:
Salah seorang daripada senarai yang disenaraikan di atas menyatakan beliau TIDAK TERBABIT langsung di dalam insiden di atas dan akaun facebooknya dipetik oleh pihak yang menyebarkan senarai terbabit.

Turut diberitahu melalui post FB beliau bahawa mendapat info dari pihak polis bahawa semua yang terlibat sudah tampil ke balai polis.


MYVI LUMBA HARAM - Kisah Saksi Di Tempat Kejadian

Posted By: admin - 5:50 PM


Sedih admin baca berita pagi tadi. Akibat aktiviti lumba haram, 3 beranak yang tidak berdosa meninggal dunia. Lebih menyedihkan, keluarga ini meninggalkan dua orang anak yang masih kecil menjadi piatu.



Dari facebook, kami mendapat cerita dari saksi dari tempat kejadian bagaimana kejadian tersebut berlaku. Aduh...sayu betul hati kami membacanya. Lihat di bawah untuk cerita tersebut...

BACA: IDENTITI PELUMBA HARAM MYVI PENYEBAB KEMALANGAN MAUT DIKENALPASTI


Memang tak guna betul manusia-manusia macam ni. Sekurang-kurangnya patah balik untuk bantu mangsa. Sangat menyedihkan kesemua yang terlepas dari kemalangan terbang melarikan diri. Semoga mereka ini ditangkap dan dikenakan hukuman sewajarnya

Friday

Hidangan Daging Kucing Jadi Kegemaran di Vietnam

Posted By: admin - 5:39 PM

Macam sudah tak ada benda lain untuk dimakan. Kalau di negara kita, ia memang di luar norma masyarakat. Ye lah kan, haiwan peliharaan kesayangan yang comel dan manja dijadikan lauk di meja makan.

Sebaliknya berlaku di Vietnam. Dipanggil "baby tiger", semakin mendapat sambutan ramai sekitar utara Vietnam, walaupun terdapat undang-undang melarang haiwan itu dimakan.

Baca: Wanita Ini Curang Kepada Tunangnya - Baca Balasan Bijak Dari Tunangnya Ini

Di salah satu restoran - sejam perjalanan dari pusat bandar Hanoi, pemilik restoran memberitahu permintaan terhadap hidangan kucing tersangat tinggi sehingga pada hari tersebut dia terpaksa membunuh 31 ekor kucing untuk memenuhi permintaan.

Walaupun melanggar undang-undang, ironiknya pegawai polis dan peguam merupakan pelanggan terbesar hidangan kucing ini.



Ia berkait rapat dengan kepercayaan kucing membawa kekuatan dan memberi rezeki kepada sesiapa yang memakannya.

"Semua orang nak makan kucing sekarang - ia lebih lazat dan istimewa berbanding daging haiwan lain", seorang pemilik restoran memberitahu.

Baca: (11 Foto) Wow Gempak!! Tak Sangka Rumah Kontena Lawa Macam Rumah Banglo. Di Malaysia Pula Tu!!

Hidangan yang popular antaranya "Hot Pot" dijual antara £40 pounds dan "Mee Daging Kucing" dijual pada £3 pounds semangkuk.

Kucing disimpan di dalam rumah yang dipenuhi beratus-ratus ekor kucing. Yang memilukan, kucing akan disembelih hanya sejarak 1kaki sahaja dari sangkar mereka dan dibiarkan berdarah sehingga mati. Kucing tersebut kemudiannya direbus dan dibuang kulit dan tulang sebelum dibawa ke restoran untuk dimasak.



"Peguam, polis dan pengarah syarikat makan kucing pada permulaan bulan kalendar lunar. Pekerja kilang makan kucing pada awal bulan. Manakala orang kaya makan kucing sepanjang bulan"

Pemilik restoran, Nguyen The Tai memberirahu populariti daging kucing meningkat mendadak sejak dia membuka perniagaan restoran sejak tujuh tahun lalu.

Thursday

Proton Iriz Langgar Tiang Sehingga Tumbang dan Dihempap Tiang - Pemandu Masih Selamat.

Posted By: admin - 2:25 PM

Kereta terbaru keluaran syarikat automobil negara, Proton ini memiliki 5 Star ANCAP rating. Penarafan keselamatan tertinggi diberikan kepada sesebuah model kenderaan.

Sudah banyak kali sebelum ini gambar-gambar kemalangan mempamerkan faktor keselamatan yang dititikberatkan oleh IRIZ.

Kali ini, gambar Proton Iriz yang berlanggar dengan sebatang tiang sehingga tumbang dan menghempap kenderaan ini.



Apa yang menakjubkan, ialah keadaan penumpang yang masih selamat walaupun sudah berlanggar dan dihempap tiang. Dapat dilihat 'A Frame' Iriz masih kukuh melindungi pemandu dan penumpang di dalam.

Kemalangan ini dikatakan berlaku pada Januari lepas di Kamunting. Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang.

Pemandu wanita itu kemudian nekad merempuh peragut tersebut sehingga berlanggar dengan tiang.





Hiburan

Viral

Copyright © 2013 News.Entertaintment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.