Macam sudah tak ada benda lain untuk dimakan. Kalau di negara kita, ia memang di luar norma masyarakat. Ye lah kan, haiwan peliharaan kesayangan yang comel dan manja dijadikan lauk di meja makan.
Sebaliknya berlaku di Vietnam. Dipanggil "baby tiger", semakin mendapat sambutan ramai sekitar utara Vietnam, walaupun terdapat undang-undang melarang haiwan itu dimakan.
Baca: Wanita Ini Curang Kepada Tunangnya - Baca Balasan Bijak Dari Tunangnya Ini
Di salah satu restoran - sejam perjalanan dari pusat bandar Hanoi, pemilik restoran memberitahu permintaan terhadap hidangan kucing tersangat tinggi sehingga pada hari tersebut dia terpaksa membunuh 31 ekor kucing untuk memenuhi permintaan.
Walaupun melanggar undang-undang, ironiknya pegawai polis dan peguam merupakan pelanggan terbesar hidangan kucing ini.
Ia berkait rapat dengan kepercayaan kucing membawa kekuatan dan memberi rezeki kepada sesiapa yang memakannya.
"Semua orang nak makan kucing sekarang - ia lebih lazat dan istimewa berbanding daging haiwan lain", seorang pemilik restoran memberitahu.
Baca: (11 Foto) Wow Gempak!! Tak Sangka Rumah Kontena Lawa Macam Rumah Banglo. Di Malaysia Pula Tu!!
Hidangan yang popular antaranya "Hot Pot" dijual antara £40 pounds dan "Mee Daging Kucing" dijual pada £3 pounds semangkuk.
Kucing disimpan di dalam rumah yang dipenuhi beratus-ratus ekor kucing. Yang memilukan, kucing akan disembelih hanya sejarak 1kaki sahaja dari sangkar mereka dan dibiarkan berdarah sehingga mati. Kucing tersebut kemudiannya direbus dan dibuang kulit dan tulang sebelum dibawa ke restoran untuk dimasak.
"Peguam, polis dan pengarah syarikat makan kucing pada permulaan bulan kalendar lunar. Pekerja kilang makan kucing pada awal bulan. Manakala orang kaya makan kucing sepanjang bulan"
Pemilik restoran, Nguyen The Tai memberirahu populariti daging kucing meningkat mendadak sejak dia membuka perniagaan restoran sejak tujuh tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment