Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas.
Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Nasib dua juruterbang tidak diketahui dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.
Difahamkan semua latihan dan pertunjukan udara dihentikan serta-merta bagi membolehkan pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian ke atas juruterbang yang hilang.
Sementara itu Bernama melaporkan menurut seorang saksi, Husin Ahmad, 25, berkata beliau ternampak juruterbang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.
"Saya sedang makan, tiba-tiba ternampak kedua-dua pesawat itu berlanggar sesama sendiri di bahagian ekor menyebabkan ia berasap sebelum terhempas.
"Saya juga nampak seorang juruterbang sempat terjun menggunakan payung terjun," katanya.
Seorang lagi saksi berkata pesawat Jupiter milik Indonesia yang terhempas di Kedawang itu turut mengakibatkan sebuah rumah penduduk tempatan terbakar.
Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan anggota bomba.
Pameran LIMA'15 yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 21 Mac ini akan menyaksikan lima pasukan, termasuk AU-TNI, membuat pertunjukan akrobatik.
VIDEO
0 comments:
Post a Comment